Saturday 25 July 2015

PIAGAM PELANGGAN


KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PERLIS
AKAN :
·         Melahirkan murid cacat pendengaran celik 3M
·         Melahirkan murid masalah pendengaran yang berdikari dan berkeyakinan
·         Menerima serta berkongsi maklumat serta kepakaran demi meningkatkan prestasi   
          murid kami
·         Mengadakan suasana sekolah yang bersih, indah, selesa, riang dan selamat
·         Menyemai semangat kekeluargaan bagi mewujudkan suasana harmoni dan kasih 
          sayang
·         Memastikan bahawa kebajikan murid dibela demi masa depan mereka
·         Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid, waris dan ahli 
          masyarakat yang memerlukan.

LAGU SEKOLAH



Teguh berdiri megah
Sekolah yang ku cinta
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis
Menjadi lambang kami

c/o   Sekolah tempat berbudi
Mendidik kami semua
Menjadi insan mulia dan berguna
Untuk agama bangsa negara

Rajin berusaha pastilah berjaya
Itulah janji kami
Moga harapan ibu bapa dan guru
Takkan kami persiakan

Ulang korus


( Ciptaan  : En. Samsuri Bin. Yaakob )


MOTO SEKOLAH


“KAMI JUGA BOLEH”

Cogan kata kami juga boleh melambangkan anak-anak istimewa ini walau pun kekurangan dalam segi fizikal tetapi tetap mempunyai hasrat untuk majukan diri setanding dengan murid-murid lain.
Ada misi dan visi untuk hidup berdikari dalam masyarakat yang berbilang kaum.

LOGO SEKOLAH



  

KETERANGAN LOGO SEKOLAH

          
  • BIRU                          =     Adalah warna Simbol Pekak Antarabangsa dan juga                                                                        warna kedua pada bendera Negeri Perlis.
  • KUNING                      =     Adalah warna pertama Negeri Perlis dan                                                                                         mempunyai lengkung yang bertulis RAJIN DAN USAHA
  • ISYARAT TANGAN           =      Berwarna putih bermakna “ KHAS “
  • BUNGA PADI                    =      Merupakan lambang kebanggaan Negeri Perlis